Photobucket Photobucket

Tuesday 19 March 2013

#16 Test


Di dadaku di mimpiku
Di diriku hanya ada kamu
Gayamu caramu
Buat tak lena tidurku


ewahhh , buat pengetahuan korang lirik ni bukan ditujukan kepada beliau . Tapi , lirik ini ditujukan kepada PAKCIK JPJ 
Setelah hampir 2 bulan jugak aku belajar di "driving class" 
akhirnya sudah sampai ke klimaks nya , dan aku harus berserah 
hahaha . dupdapdupdap jantung menyanyi

"apa gelabah sangat kau ni azrin ?"
"apa kau ingat nak amik exam je gelabah .
hak eleh , nak test jpj pon sama lah gelabah dia."

aku terfikir fikir macam mana rupa pakcik JPJ tu esok .
hensem tak ? kalau hensem mesti anak dia hensem kan ?
"pakcik nak kenal dengan anak pakcik boleh?"
HAHAHAH 
*bernada serius*Takk sebenarnya sumpah aku kecut perut menanti hari esok , walaupun tak lah penting mana test ni 
tapi aku nak sekali seumur hidup je . kahkahkah    

korang rasa tak dari atas sampai ke bawah ni aku macam tak reti nak cerita apa ?
nampak kan yang aku tengah nebes ni ? nampak tak ?

HOIII , wish me luck taw korang . ^_*
(bajet macam ada orang nak baca je) HAHAHA 

notaAnggotabadan : apa ke sejuk sangat opis ni ? :3   
  
  

Monday 11 March 2013

#15 Next match Johor Darul Takzim

aku nak cerita sikit pasal 
"HARIMAU SELATAN JADI LAUK DI SHAH ALAM" 
hamboii , kemain lagi media massa pung pang pung pang sana sini .
ada orang kata , orang yang kata bukan aku kata taw . hahaha 

"baru bertemu buku dengan ruas"
"haaa, tulah berlagak sangat beli player yang mahal-mahal"
"padan muka, ingat dah kuat sangat ke?"
"boooo kan dorang, kesian TMJ kena saman , kalah pulak team dorang"
"JDT jadi lauk asam pedas.kahkahkah"

hellooooo000 cik abang cik akak  pakcik makcik dan para belia sekalian ,
jangan iri hati sangat boleh ? ok , kalau tak iri hati ,
 jangan nak sakit ulu hati celah jantung sangat dengan JDT boleh ? 
biarlah nak jadi lauk asam pedas ke lauk lemak cili api ke ,
mereka dah kalah . adat lah tu . 
ohh , kalau team kau kalau boleh pulak kau tahu 
"adat lah tu menang kalah"
bila team orang lain kalah mula lah kau menjadi seorang PAHLAWAN PAPAN KEKUNCI
mula lah kau nak lagakan orang lain .
wat de paking dem tingking?
baik kita sebagai rakyat malaysia bergabung , 
bersatu tenaga membanteras FAM *wakil rakyat*

kang aku tulis ni , ada orang baca dikatanya aku ni "poyo lebih" 
sebab apa ? sebab aku seorang wanita yang lemah lembut ,
malahan sopan santun ni bercerita pasal bola . heyyuuuuuwwww .
perempuan tak boleh cerita pasal bola ke ? tak sesuai gituw ? 
habis lelaki tu sesuai sangat ke kalau cerita pasal bola jaring ? 
*ehh ada ke?*
ok stop cerita pasal perlawanan haritu . buang yang tewas.
 luaskan kuasamu Johor




nampak takkk ? kalau tak nampak tuh alamatnya dah tak lama lah 
apa ? bukan doakan pon , orang cuma cakap dah tak lama lah tu nak rabun . hahahaha 
apa motif kau sebenarnya print screen sekali dengan
 background belakang tu ?
sukati aku lah . kau peduli apa . eleh sibuk !
*comelnya aku*


notaAnggotabadan : respect to johorien yang turun shah alam masa tu , dianggarkan 15ribu orang . wowwww . 

Wednesday 6 March 2013

#14 Happy belated birthday BABA ♪ ♩♫

Dear DAD ,

walaupun kau tidak tunjukkan kasih sayang kau kepada kami ,  
tapi kami tahu kau sangat menyayangi kami ,
dengan penat lelah seharian bekerja ,
makan pakai kami kau urus 
itu sudah cukup menunjukkan kau seorang ayah .
Terima kasih baba .




dulu kau sihat , kau masih boleh berjalan dengan sempurna 
tiba masa ALLAH menguji hambanya 
 kini kau ditimpa penyakit , strok ujiannya 
kau mula dengan tidak percaya , tapi akhirnya kau terima seadanya . 
sedih tak terkata melihat diri kau dengan keadaan barunya .
takpa , insyaallah berjaya sembuh dengan sedikit usaha .

01/03/2013 genap sudah 49 tahun umurnya ,
sudah 3 bulan kau menahan kesakitannya 
syukur kepada allah , langkah sedikit demi sedikit kau mula 
bersabarlah baba . insyaallah dengan izinnya kau balik ke sediakala 
saat dihulurkan kek hari jadi kepadanya 
walau tidak nampak titisan air mata
kami tahu kau menangis meronta teruja .



tiada ucapan yang dapat kami berikan 
hanyalah kek beserta doa kami pohonkan 
semoga kau tabah menghadapi ujiannya 
SELAMAT HARI LAHIR kami ucap kepadanya . 



notaAnggotabadan : power jugak aku berkata kata . HAHAHAHAHAHAHAHA . 

#13 Pray For Sabah

"Saat kita bersuka ria , ketawa riang , bercanda girang 
saudara kita nun jauh disana  sedang dilema .
Mereka duduk terdiam , terpaku terbisu 
siang dan malam mereka di dalam kegelapan , ketakutan
dihiburi dengan das das tembakan 
Pencerobohan secara haram yang dilancarkan 
TENTERA SULU ke atas 
SABAH tanpa sebarang kata salam."

16 Feb 2013 →  Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka

17 Feb 2013 → Pencerobohan kumpulan bersenjata oleh 100 lelaki warga Filipina di Lahad Datu, Sabah yang bermula minggu lalu semakin menghampiri penghujungnya. Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Tentera DiRaja Kesultanan Sulu dikatakan bersetuju untuk meninggalkan Sabah. Tetapi sebelum meninggalkan sabah beliau mahu berjumpa satu individu yang dirahsiakan

18 Feb 2013 → Pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka . "Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya  rakyat Malaysia membayar sewa kepada kami. Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada pemberita di Manila

21 Feb 2013  Ketua polis negara mendakwa keadaan di kampung tanduo masih terkawal 


1 Mac 2013  Sabah di dalam zon merah . Bunyi tembakan yang berdas das kedengaran akibat pertempuran antara tentera sulu dan

juga tentera malaysia 

→ Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di 
Kampung Tanduo,
 yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. 
Dua polis cedera dan kini dikejarkan di Hospital Lahad Datu. Manakala
9 orang lelaki dan seorang wanita anggota penceroboh terbunuh , 
dan 4 yang lain mengalami kecederaan

→ Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh pekan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.Pesuruhanjaya Polis Sabah telah mengesahkan dua kematian anggota keselamatan negara 

2 Mac 2013 → Kumpulan pemberontak Sulu masih tidak mahu berundur, mereka hanya mengukuhkan kubu mereka di Kampung Tanduo. Keadaan di Lahad Datu terutamanya di Felda masih merunsingkan penduduk.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

 Amaran kali kedua sudah dikeluarkan kepada penceroboh dan akan berlaku perang yang seterusnya jika penceroboh masih berdegil. Polis menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, kira-kira 130 kilometer dari sini.

“Pada risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, ‘Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender.’ (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri),”


3 Mac 2013 → Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. 

→ Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna. Keadaan terkini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

→ Terkini Semporna Kematian Disahkan Meningkat : 5 Anggota Polis Disahkan Terbunuh di Semporna akibat kejadian berbalas tembakan semalam. Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna.

→ Terkini laporan KPN- Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang. 6 orang penceroboh turut terbunuh insiden semalam.

4 Mac 2013 → Senarai Nama Polis Terbunuh Di Semporna
  1.     Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2.     ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3.     Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4.     Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5.     Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6.     Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

5 Mac 2013 → Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu. Letupan kuat mula kedengaran di sana sini. Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Ibu segala peperangan sudah bermula!

→  Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat. Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.
→ Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara. Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi ‘mopping up’. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui. Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.

# lokasi terkini pencerobahan berlaku (bulatan merah)

→ berdasarkan sumber risikan, penceroboh yang diserang pada 5 Mac 2013 dilaporkan tiada yang terkorban. Mereka kini masih berada di dalam kampung Tanduo dalam keadaan yang selamat. Punca adalah operasi “mopping up” yang digunakan pihak polis agak lambat untuk menjejaki musuh kerana kawasan yang luas dan faktor geografi. Tempat berkenaan lebih memudahkan pergerakan musuh.

Sumber diambil : Berita Terkini Pencerobohan Di Lahad Datu Sabah | melvister.com 



"9 februari 2012, tanah kami kau langgar,
dengan senjata , maruah kami kau cabar.
dalam rundingan , kami bersabar.
apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
kau degil,terus mencakar,
perdamaian sudah semakin samar

1 mac 2013,hari jumaat yang besar,
darah saudara kami kau lapar.
batang tubuhnya kau kelar.
dibawa pulang keranda digandar.
menangis si kecik,diminta bersabar,
hilang sudah tempat bermanja,tempat bersandar

satu malaysia mula tersedar,
kau bukannya saudara,malah musuh tegar,
dari padang besar ke daerah papar,
semboyan keramat memanggil pendekar

kami sudah hilang sabar,
pendekar melangkah tangan menggegar,
mana musuh kami panggar,kami selongkar,kami bongkar,
tidak bersisa kami langgar,
berlembut kami kau salah anggar
ini bumi , tanah pendekar "

notaAnggotabadan : gugurnya mereka di medan perang 
bermandian darah saban hari
menyelamat negara demi keamanan
mereka perwira patut dibangga .

Blog ini ditaja dengan idea dari azrinzainal